Tuesday, 3 November 2015

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Pada 20 Oktober 2015, kumpulan kami iaitu kumpulan Why Me? sekali lagi berjumpa dengan Puan Fatin Hazwani untuk membentangkan proposal yang telah kami perbaiki kerana proposal yang kali pertama kami hasilkan mempunyai sedikit kekurangan. Alhamdulillah proposal kami pada kali ini diterima baik oleh Puan Fatin Hazwani. Beliau menyuruh kami membuat sedikit pembetulan dalam proposal kami.

Berdasarkan proposal yang telah kami hasilkan, produk yang ingin kami hasilkan ialah 'Multi Purpose Holder'.

Bahan-bahan yang digunakan :

  • kotak
  • botol
  • papan
Manfaat kepada individu :
  • barang-barang tidak bersepah
  • senang untuk digunakan
  • menjimatkan masa
  • menjimatkan ruang
  • kemas dan teratur
Produk ini merangkumi :
  • tempat meletak fail/kertas
  • ruang letak buku
  • bekas pensel/pen
  • bekas klip kertas/paku tekan/jarum kecil
  • kalender
  • tempat 'sticky notes'
  • jam
Anggaran kos :
  • dalam lingkungan RM15 sahaja

Inspirasi terhasilnya produk 'Multi Purpose Holder' ini adalah dari Tamadun Melayu dan Tamadun Islam. Dalam tamadun Islam telah berkembangnya ilmu dan pendidikan Islam. Contohnya semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab sistem pemerintahan dan pentadbiran telah diperbaharui. Semasa zaman ini pastinya pembesar-pembesar banyak menggunakan kertas, buku serta pensel bagi mengeluarkan surat perlantikan serta mencatat harta seseorang pegawai sebelum dilantik.Alat-alat ini banyak digunakan jadi bagi mengelakkan ianya hilang atau sukar untuk dicari apabila diperlukan maka terhasillah produk yang diberi nama 'Multi Purpose Holder'.



Pandangan hadapan, pandangan atas dan pandangan 3D produk 'Multi Purpose Holder'

No comments:

Post a Comment