Monday, 7 December 2015

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Untuk melengkapkan tugasan ini, kami memerlukan bahan-bahan tertentu yang dapat menghasilkan produk inovatif ini. Oleh itu, pada 22 November dan 2 Disember ahli kumpulan kami telah membuat perjumpaan untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat projek produk ciptaan kami. Kami telah membuat pembelian di Warta Bandar Baru Bangi.

Antara bahan-bahan yang telah dibeli ialah kadbod, polistrin, gam, klip kertas, sepit kayu, pembalut kertas dinding, dan kain. Beberapa barang telah dibeli di kedai D.I.Y seperti gam, sepit kayu, dan pembalut kertas dinding. Manakala klip kertas, kadbod, dan polistrin telah kami dapatkan di sebuah kedai alat tulis. Kain pula telah dibeli di sebuah kedai tekstil kain.

Berdasarkan perbincangan yang telah dilakukan, kami ingin membina struktur asas i-meja daripada gabungan kadbod dan polistrin. Pembalut kertas dinding pula digunakan untuk menghias permukaan meja tersebut. Kain digunakan sebagai tempat untuk meletak kalkulator.




Ahli kumpulan sedang memilih bahan-bahan untuk produk





Resit-resit pembelian 





No comments:

Post a Comment