Alhamdulillah hari ini saya sempat meluangkan masa untuk mengemaskini blog ini. Sepertimana yang semua sedia maklum, pelajar diminta untuk menghasilkan satu produk yang bercirikan ketamadunan. Jadi, kumpulan kami telah menghasilkan satu produk yang dipanggil i-meja. Pada mulanya nama produk ini ialah multi-purpose holder, tetapi setelah berbincang dengan ahli kumpulan serta mengambil kira kos yang diperuntukkan untuk penghasilan produk ini, maka kami telah membuat sedikit pembaharuan pada nama produk iaitu i-meja.
Untuk pembentangan produk, pelajar diminta menghasilkan satu poster berkaitan produk tersebut. Apa yang perlu ada di dalam poster ialah :
- Tajuk/nama produk
- Nama kumpulan dan alamat blog
- Inspirasi ketamadunan secara ringkas
- Deskripsi produk/kegunaan produk
- Proses pembuatan produk
- Manfaat produk kepada masyarakat/individu lain/apa yang menariknya produk anda
Untuk penghasilan poster, kami telah berkumpul dan berbincang di fakulti kejuruteraan dan alam bina. masing-masing meluahkan idea dan pendapat bagaimana untuk menjadikan poster kami menarik.
Inilah poster pembentangan kami, kami sepakat untuk tidak mencetak (print) poster kerana kami ingin menyerlahkan kreativiti kami dalam menulis dan menghias menggunakan tangan kerana kami percaya itu lebih bermakna dan kami lebih menghargai apa yang dilakukan ahli kumpulan. Untuk pengetahuan pembaca, dalam pembelajaran titas inilah kami, pelajar kejuruteraan berpeluang melakukan sesuatu yang lain dari yang biasa kami lakukan di dalam kelas, kerana pembelajaran pelajar kejuruteraan lebih kepada teknikal dan latihan amali. Ahli kumpulan berpeluang mengembangkan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan poster yang baik dan yang penting, memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan untuk pemghasilan poster.
Poster ini telah pun dibentangkan pada 8 Disember 2015 oleh pembentang kami iaitu Norfarahanis Binti Roslan melalui kaedah pithching selama 3 minit.
Selebihnya tentang hari pembentangan akan di kemas kini kemudian. Diharap pembaca menikmati 'entry' kali ini. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca. Sekian.
No comments:
Post a Comment