ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
Blog ini baru sahaja ditubuhkan tepat pada pukul 8:10 pagi (10/7/2015), Blog ini adalah bertujuan untuk melengkapkan tugasan 1 kami sebagai laporan perjalanan atau proses kepada produk ciptaan kami.
Tugasan ini adalah dibawah kursus
ZZZT2163 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA oleh Puan Fatin Hazwani @ Hasidah Binti Siran sebagai pensyarah bagi kursus ini. Nama kumpulan kami adalah WHYME dan terdiri daripada 8 orang ahli mahasiswi fakulti kejuruteraan awam dan alam bina, Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi,Selangor iaitu Fazilah, Husna, Rina, Hanis, Norlia, Atikah, Syafiqah dah termasuk saya sendiri Syahirah.
Bertarikh 5/10/2015 pada hari Isnin, kami telah menghasilkan draf proposal di Foyer FKAB, Sesi perbincangan dilakukan tepat pada pukul 12.30 tengah hari sebaik sahaja semua ahli hadir. Produk yang dicipta perlulah berlandaskan syarat dan keperluan yang telah diberi iaitu
- Tema produk: SHARE & CARE
- Produk menggunakan bahan yang tidak melibatkan kos tinggi seperti bahan terbuang/ bahan maya
- Kos pembuatan tidak melebihi RM 50
- Idea produk hendaklah berasaskan kepada sejarah ketamadunan/ beinspirasikan tamadun contohnya bidang muzik,matematik,agama, sains ,sosial dan lain-lain
- Proposal produk hendaklah mengkaji/ berinspirasikan aspek ketamadunan dan hendaklah dijelaskan dengan terperinci
- Produk hendaklah suatu yang bermanfaat sama ada kumpulan sasaran atau masyarakat awam
- Manfaat: merangkumi pelbagai aspek: emosi, fizikal,minda, kerja harian dan lain-lain
Hasil dari perbincangan, kami telah mengemukakan 2 produk iaitu tikar mengkuang yang berinpirasikan tamadun melayu. Dipercayai masyarakat melayu menggunakan tikar mengkuang untuk mengalas barang seperti perkakas dapur dan juga alas tempat duduk untuk tujuan keselesaan dan juga kebersihan. Manfaat produk ini adalah dapat memberi keselesaan kepada tetamu, mencerminkan nilai keagamaan yang mementingkan kebersihan sesama manusia. Bahan yang digunakan adalah surat khabar ataupun straw.
Produk yang kedua pula adalah penanda buku. Hubungannya dengan tamadun melayu adalah seni lukisnya yang berasal dari batu nisan yang dijadikan penanda bagi setiap tanah perkuburan serta corak dari barang hiasan rumah pada abad melayu dulu kala. Bahan yang digunakan adalah kayu/kertas yang dikeraskan, pen marker dan ball pen. Manfaatnya kepada individu adalah dapat memudahkan individu untuk menyelak helaian yang dibaca serta dapat memupuk rasa cinta terhadap buku. Disamping itu, dapat memberi pendedahan kepada masyarakat permodenan hasil dari tamadun melayu.
Kami membahagikan tugas pada setiap ahli kumpulan dimana saya sendiri syahirah telah mewujudkan blog ini, slide perbentangan pula oleh anis dan fazilah, laporan kajian oleh atikah dan rina, lukisan draf produk oleh husna dan anis manakala syafiqa akan membentangkan hasil draf proposal pada sesi konsultasi pada 6 Oktober 2015 hari selasa antara jam 3.00 petang hingga 5,30 petang. ini kepada pensyarah kami.
sesi perbincangan bersama semua ahli kumpulan WHY ME??